Friday, January 10, 2014
Pantun Panglima Pahlawan Melayu
Assalamualaikum kepada semua para sahabat yang mengunjung blog saya.Disini saya ingin berkongsikan sedikit sebanyak pantun-pantun Para Pahlawan Panglima kita disuatu ketika dahulu tatkala ketika bersiap sedia untuk berjuang demi memartabatkan bangsa,agama dan tanah air.
Sedikit sebanyak dari petikan kata-kata Laksamana Hang Tuah disuatu ketika dahulu:
Bangun pagi bersolat subuh,
Agar ceria mengadap ilahi,
Tingkah laku pakaian tubuh,
Waspada selalu membawa diri.
Tak tumbuh tak melata,
Akar kayu selalu dicari,
Pencak silat budaya kita,
Amalkan selalu pertahankan diri.
Bati jawa bulan purnama,
Dipakai puteri diwaktu senja,
Pekerti mulia menjaga nama,
Walau dimana jagalah ia.
Belajar mengaji ilmu tarikat,
Dengan guru dipulau api,
Berkat muafakat sentiasa diberkat,
Selamat sejahtera penjaga diri.
Geraktari hebat direka,
Dondang sayang sentiasa ceria,
Keris dihunus hendaklah waspada,
Agar tidak membawa waspada.
Tenunan asli sibatik jawa,
Pakaian melayu tradisi kita,
Megah sekali menjaga budaya,
tak lekang dek panas subur sentiasa.
Tanah melayu tanah pusaka,
Megah berdiri disinggahsana,
Adat dijunjung nama dijaga,
Tidak melayu hilang didunia.
Tegap tiang disinggahsana,
Tegap berdiri dilaman cindai,
Budaya melayu tegap didunia
Tiada gentar menempuh badai.
Pernah dikhabarkan ini adalah petikan kata- kata dari Laksamana Hang Jebat ketika dahulu:
Dengan Bismillah mula dikata,
Mengingatkan kebesaran Allah,
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan mahulah diserta.
Seni gayongpayung pusaka,
Naongan aneka hikmat mulia,
Rahsia tersimpan dipurbakala,
Ilham menyusun mahulah diserta.
Lembaganya bersihnyawanya suci,
Berseru kepada putera dan puteri
Agama yang mulia junjunglah tinggi,
Belalah bangsa,adat dan negeri.
Gayung bercantum bersatu padu,
Mengingatkan junjungan empunya seru,
Sama sendiri bantu membantu,
Selama sejahtera hajat dituju.
Matahari terbit di Palembang Siguntang,
Tanahnya suburditanam padi,
Keris dihunus dipegangdijulang
Kesatrian pahlawan timbul kembali.
Gayong emas kendi pusaka,
Bekalan air raja kesakti,
Keris dihunus langkah kumula,
Bangsa melayu sudah terpuji.
Besi kuning besi kesakti,
Anak panah Sang Rajuna,
Kembali gayong kebudayaan asli,
Ditanah melayu hulubalang tua.
Tempena Nipis nama asalku,
Keris pusaka Ratu Dewangga,
Niat derhaka kepada Rajaku,
Taming menyerahkeris pusaka.
Tempena Nipis nama asalku,
Besi tua ditanah jawa,
Hidup kembali kebudayaan bangsaku,
Tidak melayu hilang didunia.
Majapahit nama negara,
Tempat ratu raja jawa,
Kalau diguna akal bicara,
Kebudayaan Melayu subur semula.
Seni gayong seni asli,
Dari pusaka ibu pertiwi,
Umat melayu menjunjung tinggi
Akhir hayat tidak dilupai.
Itulah sedikit sebanyak sumber maklumat yang saya perolehi untuk tatapan pada rakan-rakan dimana tujuan kita adalah menkongsi pengetahuan dan hikayat kisah-kisah pahlawan kita disuatu ketika dahulu.Dimana pantun-pantun yang saya peroleh ini sedikit sebanyak adalah dari pada blog sahabat saya dan dari sumber Dewan Bahasa dan Pustaka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdullillah sungguh indah sekali karya Tuan, mohon di kongsi.
ReplyDeleteTerima kasih
silakan terima kasih
DeleteBoleh buat pantun tentang dol Said tk?
Delete